Awal hidup dan pendidikan Hồ_Chí_Minh

Beliau dilahirkan pada 19 Mei 1890 di Hoàng Trù. Beliau diberikan banyak nama sepanjang seperti mana mengikut adat istiadat di Vietnam, di mana nama lahirnya ialah Nguyễn Sinh Cung, namun kemudian berganti nama menjadi Ho Chi Minh yang berarti "Yang menerangi".[2] Beliau mendapat nama baharu pada usia 10 tahun iaitu "Nguyễn Tất Thành" ("Nguyễn yang berjaya"). Ayah Sinh Cung merupakan seorang cendekiawan Konfusianis, guru dan seorang pegawai kerajaan ketika zaman Dinasti Nguyễn di wilayah Binh Khe (kini Qui Nhơn) yang terpencil; beliau diturunkan pangkat atas kesalahgunaan kuasa berikutan suatu insiden di mana seorang tokoh meninggal dunia akibat dihukum rotan dengan melampaunya selepas didakwa atas suatu kesalahan.[3]:21 Malah, peluang meneruskan pekerjaa turut ditolak ayahnya atas keengganan menyokong pihak Perancis[4][5] yang ketika itu menjajah Vietnam. Ibunya pula meninggal pada tahun 1901 setelah melahirkan anak keempatnya yang hanya bertahan hidup selama 1 tahun.

Setelah menghabiskan pendidikan dasarnya di sekolah setempat tahun 1907, Ho dan seorang adiknya pergi ke kota Huế untuk belajar di Franco-Vietnamese Academy. Namun, tiga tahun kemudian Ho menhentikan pengajiannya untuk bekerja sebagai guru sekolah di kota Phan Thiết.[2]

Pada tahun 1911, Ho pergi ke Saigon dan mendapatkan pekerjaan sebagai seorang tukang masak di sebuah kapal wap milik Perancis. Selama dua tahun, dia berkeliling ke banyak kota serata Eropah, Amerika Utara dan Afrika hingga akhirnya menetap sementara di London.[2]

Pada akhir tahun 1916, Ho kembali ke Perancis untuk menemui rekan-rekannya yang kelak berperanan penting dalam gerakan kemerdekaan Vietnam.[6]

Rujukan

WikiPedia: Hồ_Chí_Minh http://alphahistory.com/vietnam/ho-chi-minh/ http://www.history.com/this-day-in-history/vietnam... http://www.nytimes.com/learning/general/onthisday/... http://www.tactileint.com/seasia/saigon/hochiminh.... http://www.time.com/time/time100/leaders/profile/h... http://www.columbia.edu/cu/weai/exeas/asian-revolu... http://press.princeton.edu/chapters/pons/s4_9143.p... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p069025606 //archive.org/search.php?query=((subject:%22Minh,%... http://isni.org/isni/0000000110570291